FUSCHIA BAKERY FANS

Tuesday, July 24, 2012

TEMPAHAN BERUPA GIFT

Assalamualaikum kepada semua fans,

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama tak update facebook dan blog sy ini memandangkan terlalu busy. Banyak nak kena buat al-maklumlah bulan puasa kan. Banyak tempahan bahan bahan secara online dan tak kurang juga nak beli bahan bahan bakeri sempena raya ini.

Menyebut tentang tempahan, sy memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana memberikan saya rezeki tidak terhingga. Baru baru ini, saya menerima tempahan sebanyak 400 kotak berupa gift yang ditempah oleh sebuah syarikat ini. Ya ALLAH bersyukurnya sy. Gift tersebut berupa buah kurma yang telah saya buang bijinya dan digantikan dgn badam yang di goreng (goreng tanpa minyak) untuk menambahkan kerangupan ketika makan. Bukan itu sahaja, buah kurma itu saya salut dgn coklat untuk menambah selera dan kesedapan ketika memakannya ketika berbuka puasa.

Gambar dibawah ini adalah reka bentuk gift tersebut ...











dan ....

BERITA BAIK KEPADA SEMUA SAHABAT DAN FANS FUSCHIA BAKERY INGREDIENT !!!!

SAYA DENGAN INI BERBESAR HATI MENAWARKAN HARGA RM10.00 SEKOTAK (SAMA PATERN DAN SIZE) KURMA BADAM BERSALUT COKLAT. HARGA YANG SAYA TAWARKAN ADALAH CUKUP MURAH BERBANDING DGN HARGA YANG DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT TERSEBUT.

BAGI MEREKA YANG INGIN MENEMPAH LEBIH DARI 30 KOTAK, SAYA AKAN BERIKAN HARGA YANG TERBAIK DAN TERMURAH. 


JANGAN MALU, JANGAN SEGAN !!!
HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN !!!! 


Akhir sekali, silalah menikmatinya.

sekian terima kasih,

yang ikhlas
Yan 0126799964

Saturday, July 7, 2012

TEMPAHAN BAKERI HARI RAYA AIDILFITRI 2012 (2)

Assalamualaikum,

Saya mohon maaf byk byk kerana tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog saya ini. Kesibukkan saya seharian, meskipun kebanyakkan husband saya yang sering mengupdate blog ini membuatkan keterbatasan kami untuk menulis. Husband saya sibuk dgn halnya manakala saya pula sibukd gn situasi kedai. Meskipun baru je buka dalam tempoh tak sampai 2 bulan, namun kesibukkannya memang terserlah memandangkan tak lama lagi (dalam tempoh kurang 2 minggu) seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan.

Saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada beberapa pelanggan dan customer tetap yang sering mengunjungi kedai bakeri saya ini. Tak perlulah saya sebutkan nama dia. Dah banyak kali customer saya ini datang ke kedai dan membeli barang untuk buat kek, dan macam macam lagi. Dan tak kurang juga ada juga yang menghulurkan air tangan mereka kepada saya untuk saya jamah bersama. Terima kasih saya ucapkan.

Ada beberapa indvidu yang tidak sempat saya ambil gambar bahan bahan bakeri yang dibelinya kerana, camera tu sebenarnya adlaah kamera husband saya. Dah try ambil guna camera handphone, tapi bila try masuk dalam blog, tak cantik lah .... nak kena belajar jadi photographer juga ni ( he he he )

So saya minta maaf banyak banyak kerana tak dpt upload gambar dalam blog ni. Saya juga sebenarnya terharu kerana sokongan yang diberikan meskipun kedai saya ni sebenarnya amat muda untuk dibandingkan dgn kedai sebelah sana tu .... Tapi respon yang sy terima adalah syukur Al-hamdulillah.

Ada beberapa pelanggan yang masuk kedai saya ini rata rata diperkenalkan oleh beberapa individu pelanggan tetap saya. Atas alasan harga yang sy tawarkan adalah teramat murah jika dibandingkan dgn harga sebelah sana. Saya selalu berpegang pada kata kata husband saya bahawa, Tan Sri Tony Fernandaz berjaya kerana tambang murahnya ... semua org boleh terbang ... kenapa tidak saya gunakannya sebagai setu landasan untuk berjaya.

Bagi saya, saya tidak perlu meletakkan harga yang mahal untuk mengaut keuntungan. Keuntungan saya adalah berdasarkan keuntungan pada pelanggan pelanggan saya kerana rata rata mereka adalah peniaga kecil kecilan dari rumah atau HOME CAKE MAKER. Untungnya mereka kerana hasil jualan mereka, maka untunglah saya kerana bahan bahan bakeri yang saya jual. Kalau saya menjual dengan harga yang mahal, maknaya mereka juga terpaksa meletakkan harga yang mahal terhadap produk mereka, kalau mereka letak harga yang mahal tiada org nak beli .. maka mereka akan rugi. Alternatifnya, mereka akan cari mana mana kedai yang menjual bahan bakeri yang murah.

Saya juga menggangap bahawa pelanggan pelanggan saya adalah kawan kawan saya. Kerana apa, kerana mereka tinggal di kejiranan yang sama dgn saya seperti Taman Sri Sentosa, Tmn Dato' Harun, Tmn Medan, Tmn Sri Manja, Puchong Kinrara. Kedudukan kedai saya yang berada di pertghan setiap kawasan kejiranan membuatkan mereka mudah datang. Dan lagi kedudukkan saya yang betul betul mengadap kedai hardware dan Tools MR DIY dan berada di kawasan perusahaan yang agak padat. Mudah untuk org yang lalu lalang melihatnya.

Akhir sekali, sekian terima kasih diatas sokongan anda semua. Semoga sokongan anda semua akan membuatkan saya terus dan terus berdiri memertabatkan perniagaan bangsa Melayu Bumiputera Islam ... kerana saya menjalankan JIHAD BISNES

"MELAYU LEBIH MAJU, MANTAP IMAN JIKA LAKSANA JIHAD BISNES" - Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Mantan CEO Johor Corporation)"

Monday, July 2, 2012

TEMPAHAN BAKERI HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Assalamualaikum semua fans,


Masih ingat flyer diatas, sebenarnya saya pernah post flyer ini sebelum ini dalam blog, dan juga fb saya. Dan kemuncaknya, Alhamdulillah, saya telah pun menerima tempahan bahan bahan bakeri tersebut untuk kegunaan raya yang akan menjelang tiba bulan depan iaitu August 2012.

Ini adalah diantara tempahan tempahan yang sempat husband saya snap menggunakan camera tersayangnya DLSR Canon D550







sekiranya anda semua juga ingin menempah bahan bahan bakeri untk raya akan datang tak lama lagi, silalah email kan pada saya tempahan anda .. Insya ALLAH, saya akan berikan harga yang istimew ... calling calling ....

sekian terima kasih,

Ikhlas,
Yan 0126799964