Assalamualaikum semua fans dan kawan kawan yang selalu mengikuti perkembangan perusahaan kedai bakery saya ini. Saya ingin memohon maaf sgt sgt sebab terlalu lama tak update blog ini. Ini kerana, selepas raya, saya terlalu sibuk dgn mcm mcm event rumah terbuka dan tidak ada masa untuk update blog saya ini, sekali lagi saya memohon maaf kerana tak dapat update blog ini untuk tatapan semua.
Sebenarnya, saya juga ingin memohon maaf kepada semua kawan kawan dan juga fans fucshia bakery terutama kawan kawan husband saya kerana takut takut kuih muih dan biskut raya yang mereka tempah tidak sedap dan tidak memuaskan hati seperti yang diharapkan. So far, maklum balas yang saya terima adalah kuih samprit yang terlalu lembut sehingga pecah berderai apabila di pegang. Insya ALLAH, saya akan perbaikinya dimasa akan datang.
Akan tetapi sy rasa bersyukur sgt sebab beberapa jenis kuih lain mcm tart nenas, kurma badam bersalut coklat, kuih coklat salju danau rindu mendapat tepukan dan ianya menepati cita rasa mereka. Saya juga memohon kepada mereka yang menempah biskut dan kuih raya berkenaan, harap tidaklah menyesal untuk menempah daripada fucshia bakery, Insya ALLAH, akan datang dan juga tempahan lain lain sy akan berikan yang terbaik.
Sekian, terima kasih,
Ikhlas,
Yan (0126799964)