FUSCHIA BAKERY FANS

Wednesday, August 1, 2012

TEMPAHAN 280 KOTAK KURMA

Assalamualaikum semua fans,

setelah penat menghabiskan kuih samprit dan tempahan berkenaan diambil pada 25 Julai 2012, dan pada hari yang sama, fuschia bakery Ingredient menerima tempahan lagi iaitu berupa 280 kotak kurma (1 kotak ada 12 biji) dan 5 kotak kurma VVIP (1 kotak ada 35 biji)

Untuk 280 Kotak kurma tu, saya menggunakan kurma Mariami dari Iran. Untuk melengkapkan 280 kotak, kami telah menempah dari pengedar sebanyak 8 carton kurma Mariami ini untuk memuatkan sebanyak 12 biji dalam 1 kotak .. ini bermakna, untuk 280 kotak, saya harus mempunyai 3360 biji buah kurma



manakala tempahan 5 kotak kurma untuk VVIP adalah dari kurma Medjool. Cuma 1 karton sahaja diperlukan untuk melengkapi sebanyak 175 ruang cavities.



kurma medjool - sebesar ibu jari orang dewasa

Syukur Alhamdulillah, akhirnya semua tempahan berkenaan telah dihantar pada hari Isnin 30hb Julai 2012 yang lepas. Semuanya telah selesai dan sekarang tumpuan untk tempahan kuih dan biskut raya pulak. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan diatas tempahan beliau.

Sekian terima kasih,
Ikhlas,
Yan 0126799964

No comments:

Post a Comment