Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf sebab dah dekat 2 bulan aku tak menulis dalam blog ini. Aku terlalu sibuk dgn kerja dan tempahan. Sebenarnya, ada banyak juga yang hendak aku kongsikan didalam blog ini memandangkan sepanjang 2 bulan ini juga aku banyak menerima tempahan dari kek perkhawinan, kek birthday, gift khawin, cup cake dan banyak lagi lah ...
Untuk isu kali ini, aku mulakan dgn tempahan berupa gift khawin.
Aku menerima tempahan 1,700 kotak gift khawin berupa KURMA BADAM BERSALUT COKLAT. Pada asalnya aku agak susah utk mencari kurma ini memandang bukan musim bulan ramadhan. Puas aku merayau rayau area KL dan mencari dari pelbagai pengedar kebanyakkan tak ada dan perlu ditempah untuk jangka masa yang terlalu lama. Rezeki ALLAH pada suatu hari tgh aku belek belek hand phone ni aku ternampak satu no phone pengedar kurma yang aku pernah temui ketika di bulan ramadhan lalu di Jalan Masjid Tuanku Abdul Rahman. Lalu aku pun menhubungi beliau.
Setalah aku menghubungi beliau, beliau telah meminta masa dalam 1 hari untuk membantu aku mencari kurma dan akhirnya petang tu dia call dan mengatakan ada stok kurma untk tempahan aku. Syukur Al-hamdulillah. Dan beliau juga sanggup menghantar 3 kotak kurma itu kepada aku ...
Setelah berhempas pulas selama seminggu utk menyiapkan kurma tersebut, akhirnya siap juga. Dibawah ini adalah gambar dan hasilnya ...
Untuk sebarang tempah dan pertanyaan, boleh lah menghubungi saya (yan) di talian 0126799964. Insya ALLAH, saya akan berikan yang terbaik dan juga berkualiti ..
sekian terima kasih,
yan 0126799964
No comments:
Post a Comment