FUSCHIA BAKERY FANS

Monday, April 30, 2012

Memasang Rak

Assalamualaikum,

Terasa rajin benar sy nak update blog hari ini. Semalam sy sekeluarga pergi "bercuti" dirumah bapa angkat kita orang di Ipoh, Perak. Bukan apa, last kami sekeluarga pergi kesana adalah lebih kurang 4 bulan lepas rasanya. Time cuti dan time tu kami sekeluarga lepak selama 2 malam, siap bapa angkat kami ajak berjalan dan ronda ronda di sekitar Ipoh, dan Gunung Lang. saje melepakkan diri.

Kami kesana bukan apa, dah lama sgt tak pi. Rindu pun ada juga. Apa lagi, bila kesana sudah pasti kami dihidangkan dengan pelbagai nasihat - nasihat yang amat berguna kepada kami sekeluarga. Biasanya nasihat nasihat itu akan diselitkan dengan senario keadaan semasa. Dan juga cerita cerita perihal "org - orang" terdahulu.

Berbalik kepada tajuk diatas, saya cuma nak update beberapa gambar situasi ketika kami "mengupload" rak rak kedalam kedai saya. Kebiasaanya, orang akan menggunakan rak seperti gambar dibawah untuk display produk atau barangan di kedai mereka,


akan tetapi, saya tidak. Saya menggunakan rak yang saya rasakan bersesuaian dan mudah untuk di gerakkan. Saya menggunakan rak seperti di bawah ini,


Perbezaan harganya memang ketara mengikut kepada "kecantikkan" rak tersebut. Akan tetapi, yang membuatkan saya begitu bersemangat, rata rata orang yang masuk kedai kami untuk beberapa isu seperti memasang aircond, dan lain lain lagi mengataka bahawa, penggunaan rak seperti saya gunakan adalah tepat dan ianya mudah serta begitu kemas. Penggunaan ruang juga nampak kemas berbanding dengan gondola.

Gambar gambar dibawah adalah process ketika memasang rak. Jumlah keseluruhan rak yang saya beli adalah

1) saiz 4" X 2" X 6" = 10 buah rak
2) sazi 4" X 1" X 6" = 10 buah rak







dan gambar dibawah ini pula keadaan kedai selepas dimasukkan rak. Kedudukkan rak ketika gambar ini diambil tak confirm lagi dan ada perubahan susun atur yang saya dan husband lakukan.







Sebenarnya, ini cuma susunan kasar. Nanti, kalau ada kelapangan, saya akan masukkan keadaan dan susun atur sebenar.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment