FUSCHIA BAKERY FANS

Saturday, December 8, 2012

TEMPAHAN BERTUNANG

Assalamualaikum,

Bulan lepas juga aku menerima tempahan bertunang. Berupa cup cake dan juga hantaran bertunang. Permintaan itu datangnya dari kawasan sekitar setelah diperkenalkan oleh customer yang selalu dtg ke kedai aku ...

Pasangan ini juga telah menempah weeding gift dan beberapa biji cupcake termasuk kek khawin untuk hari bahagia mereka yang dijadulakan berlangsung tahun hadapan.

Dibawah ini adalah beberapa image yang sempat aku snap.







Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, silalah jgn malu malu untk call aku di talian 0126799964.

Sekkian terima kasih,








Yang ikhlas,
Yan 0126799964

TEMPAHAN CUP CAKE

Assalamualaikum,

Pada bulan lepas, aku telah menerima tempahan sebanyak 50 biji cupcake. Tempahan itu datangnya dari sahabat suamiku yang bekerja ditempat yang sama dgn suamiku iaitu KPJ Sentosa Medical Centre, Kuala Lumpur. dibawah ini adalah gambar yang sempat suamiku snap ...






Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi aku (yan) di talian 0126799964

sekian terima kasih









Ikhlas Yan

KURMA BADAM BERSALUT COKLAT

Assalamualaikum semua fans dan kawan kawan,

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf sebab dah dekat 2 bulan aku tak menulis dalam blog ini. Aku terlalu sibuk dgn kerja dan tempahan. Sebenarnya, ada banyak juga yang hendak aku kongsikan didalam blog ini memandangkan sepanjang 2 bulan ini juga aku banyak menerima tempahan dari kek perkhawinan, kek birthday, gift khawin, cup cake dan banyak lagi lah ...

Untuk isu kali ini, aku mulakan dgn tempahan berupa gift khawin.

Aku menerima tempahan 1,700 kotak gift khawin berupa KURMA BADAM BERSALUT COKLAT. Pada asalnya aku agak susah utk mencari kurma ini memandang bukan musim bulan ramadhan. Puas aku merayau rayau area KL dan mencari dari pelbagai pengedar kebanyakkan tak ada dan perlu ditempah untuk jangka masa yang terlalu lama. Rezeki ALLAH pada suatu hari tgh aku belek belek hand phone ni aku ternampak satu no phone pengedar kurma yang aku pernah temui ketika di bulan ramadhan lalu di Jalan Masjid Tuanku Abdul Rahman. Lalu aku pun menhubungi beliau.

Setalah aku menghubungi beliau, beliau telah meminta masa dalam 1 hari untuk membantu aku mencari kurma dan akhirnya petang tu dia call dan mengatakan ada stok kurma untk tempahan aku. Syukur Al-hamdulillah. Dan beliau juga sanggup menghantar 3 kotak kurma itu kepada aku ...

Setelah berhempas pulas selama seminggu utk menyiapkan kurma tersebut, akhirnya siap juga. Dibawah ini adalah gambar dan hasilnya ...









Untuk sebarang tempah dan pertanyaan, boleh lah menghubungi saya (yan) di talian 0126799964. Insya ALLAH, saya akan berikan yang terbaik dan juga berkualiti ..

sekian terima kasih,


yang ikhlas
yan 0126799964

Friday, September 21, 2012

MOHON MAAF

Assalamualaikum semua fans dan kawan kawan yang selalu mengikuti perkembangan perusahaan kedai bakery saya ini. Saya ingin memohon maaf sgt sgt sebab terlalu lama tak update blog ini. Ini kerana, selepas raya, saya terlalu sibuk dgn mcm mcm event rumah terbuka dan tidak ada masa untuk update blog saya ini, sekali lagi saya memohon maaf kerana tak dapat update blog ini untuk tatapan semua.

Sebenarnya, saya juga ingin memohon maaf kepada semua kawan kawan dan juga fans fucshia bakery terutama kawan kawan husband saya kerana takut takut kuih muih dan biskut raya yang mereka tempah tidak sedap dan tidak memuaskan hati seperti yang diharapkan. So far, maklum balas yang saya terima adalah kuih samprit yang terlalu lembut sehingga pecah berderai apabila di pegang. Insya ALLAH, saya akan perbaikinya dimasa akan datang.

Akan tetapi sy rasa bersyukur sgt sebab beberapa jenis kuih lain mcm tart nenas, kurma badam bersalut coklat, kuih coklat salju danau rindu mendapat tepukan dan ianya menepati cita rasa mereka. Saya juga memohon kepada mereka yang menempah biskut dan kuih raya berkenaan, harap tidaklah menyesal untuk menempah daripada fucshia bakery, Insya ALLAH, akan datang dan juga tempahan lain lain sy akan berikan yang terbaik.

Sekian, terima kasih,

Ikhlas,
Yan (0126799964)

Thursday, August 16, 2012

TEMPAHAN TELAH DIHANTAR

Assalamualaikum semua fans dan kawan kawan,

Saya mengucapkan terima kasih kerana masih lagi menyokong saya. Semalam, saya dan husband telah pun menyerahkan beberapa tempahan yang datangnya dari staff KPJ Sentosa Medical Centre.

Saya mohon maaf kerana lambat menghantar tempahan tersebut memandangkan ada beberapa tempat lain juga yang perlu saya hantar. Buat masa ini, cuma saya seorang yang mengolalakan perusaan saya ini memandangkan saya kini kembali berseorangan tanpa staff.

Saya juga memohon maaf seandainya takut takut kuih dan tempahan tersebut tidak seperti yang dijangkakan terutama sekali rasanya yang cukup tak sedap. Saya mohon maaf banyak banyak. Harap rakan sekalian boleh berikan komen dan pendapat serta complaint seandainya kuih tersebut ada masalah tak sedap dan sebagainya.

Akhir sekali,

Saya menyusun 10 jari mohon maaf diatas segala kesilapan saya. Insya ALLAH, berikan saya peluang untuk saya perbaharui perusahaan saya yang ketika ini baru berusia 2 bulan. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dan berusaha kearah itu selalu.

Sekian terima kasih.
Ikhlas,
yang benar, YAN (0126799964)

Sunday, August 12, 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA SIAP

Assalamualaikum,

Kali ini, husband aku berjaya snap beberapa keping gambar biskut yang telah berjaya disiapkan. Maaf kerana hanya ini sahaja yang mampu aku tontonkan kerana selebihnya telah dihantar kepada pelanggan yang menempah.







sekian terima kasih,
 
yang ikhlas Yan (0126799964)


Tuesday, August 7, 2012

TAWARAN KERJA KOSONG


1) Perempuan Melayu beragama Islam berumur 19 -25 tahun (fresh @ berpengalaman)
2) Mempunyai sijil pembuatan Kek, roti, pastri, dan kuih muih dari mana mana Institusi pendidikan tinggi (kolej / politeknik / universiti / dll)
3) Mempunyai sijil penyediaan makanan dari mana mana Institusi pendidikan tinggi (kolej / politeknik / universiti / dll)
4) Mahir membuat kek / roti / pastri / dan kuih muih serta sedap rasanya
5) Sanggup bekerja lebih masa dan pada Sabtu dan Ahad
6) Berdikari dan Rajin berusaha
7) Gaji + Overtime + Elaun buat kek + Elaun backing class + Elaun penghasilan buku = RM1+++.++

Tawaran ini dibuka disekitar Fushia Bakery Ingredient (Taman Sri Manja, Taman Medan, Taman Sri Sentosa dan Puchong Kinrara)

Berminat, sila hantar resume, sijil penyediaan makanan, sijil pembuatan kek, roti dan pastri ke fucshia.ingredient@gmail.com dan saya akan hubungi anda kelak untuk tawaran interview.

sekian terima kasih,
ikhlas Yan (0126799964)

TEMPAHAN TART SHELL

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua,

Pada 1/8/2012 yang lepas, perusahaan saya menerima tempahan berupa 300 pcs tart shell oleh pelanggan tetap saya. Sebenarnya, pelanggan saya ini memang dah terlalu banyak kali menempah tart shell ini dari fucshia bakery ingredients dan kali ini adalah yang terbanyak iaitu 300 pcs tart shell.

Sebelum ini, beliau ada menempah dalam 50, 100 dan 180 ... dan kali ini 300 tart shell ditempahnya. Katanya tart yang kami buat sedap dan sangat rangup. Katanya lah .... kami cuma menjualnya dgn kualiti terbaik. Ye lah. barang makan mesti buat yang terbaik.


tart shell yang ditempah (gambar ikhsan)
 Akhir sekali, ucapan terima kasih kerana menempahnya dari kami.

Sekian terima kasih
ikhlas Yan (0126799964)

Wednesday, August 1, 2012

SENARAI TEMPAHAN KUIH DAN BISKUT HARI RAYA 2012 (HIJRAH 1433)

Assalamualaikum,
Berikut adalah tempahan yang telah diterima setakat ini (tidak termasuk yang telah dihantar)

1) KPJ Sentosa Medical Centre
   A) SN Nurul (Labor Room)
       i) Popia Simpul (2 balang sederhana besar) - delivered

   B) Sr Rodza
       i) Kurma Badam bersalut Coklat (100 biji)  - delivered
      ii) Corn Flakse Biskut Badam (100 biji) - delivered
     iii) Tart Nanas Gulung (100 biji)

   C) SN Ahyuni
       i) Tart Nenas Gulung (50 biji) - delivered

   D) SN Roszelah
       i) Biskut Samprit (150 biji) - delivered
      ii) Tart Nenas Gulung (100 biji) - delivered
     iii) Corn Flakes Biskut Badam (100 biji) - delivered
     iv) Corn Flakes Goreng Pedas (1 balang kecil) - delivered
      v) Kurma Badam bersalut coklat (50 biji) - delivered

   E) Norasyimah Syahirah
       i) Kurma badam bersalut coklat (50 biji) - delivered

   F) Rospida
       i) Kurma badam bersalut coklat (50 biji) - delivered

   G) Ahmad Ridhwan Zahari
       i) Kurma badam bersalut coklat (50 biji)
      ii) Biskut samprit (100 biji) - delivered
     iii) Corn Flakes Goreng Pedas (1 balang) - delivered
     iv) Corn flakes biskut badam (1 balang)

  H) Fais
       i) Popis simpul (5 balang) - delivered


p/s: Senarai akan diupdate dari semasa ke semasa

TEMPAHAN KURMA BADAM BERSALUT COKLAT

Assalamualaikum,


Tempahan berupa Kurma badam bersalut coklat adalah datangnya dari staf KPJ Sentosa Medical Centre. Harga ini adalah berbeza dengan harga yang sebelum ini kerana Harga RM10 sekotak itu cuma ada 12 biji sahaja, manakala kotak ini ada 16 biji maka harganya pun lain. Harga sekotak ini harga special adalah RM15 sekotak.

Untuk tempahan, sila hubungi nombor 0126799964 (Yan). Semua harga yang tertera adalah cuma untuk Hari Raya Aidilfitri 2012 sahaja dan merupakan harga pengenalan dan istimewa dari FUSCHIA BAKERY INGREDIENT.

sekian terima kasih,
Ikhlas
yan 0126799964

TEMPAHAN 280 KOTAK KURMA

Assalamualaikum semua fans,

setelah penat menghabiskan kuih samprit dan tempahan berkenaan diambil pada 25 Julai 2012, dan pada hari yang sama, fuschia bakery Ingredient menerima tempahan lagi iaitu berupa 280 kotak kurma (1 kotak ada 12 biji) dan 5 kotak kurma VVIP (1 kotak ada 35 biji)

Untuk 280 Kotak kurma tu, saya menggunakan kurma Mariami dari Iran. Untuk melengkapkan 280 kotak, kami telah menempah dari pengedar sebanyak 8 carton kurma Mariami ini untuk memuatkan sebanyak 12 biji dalam 1 kotak .. ini bermakna, untuk 280 kotak, saya harus mempunyai 3360 biji buah kurma



manakala tempahan 5 kotak kurma untuk VVIP adalah dari kurma Medjool. Cuma 1 karton sahaja diperlukan untuk melengkapi sebanyak 175 ruang cavities.



kurma medjool - sebesar ibu jari orang dewasa

Syukur Alhamdulillah, akhirnya semua tempahan berkenaan telah dihantar pada hari Isnin 30hb Julai 2012 yang lepas. Semuanya telah selesai dan sekarang tumpuan untk tempahan kuih dan biskut raya pulak. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan diatas tempahan beliau.

Sekian terima kasih,
Ikhlas,
Yan 0126799964

TEMPAHAN 24 BOTOL KUIH SEMPRET

Assalamualaikum semua fans,

Pada 22hb Julai 2012, perusahaan Fuschia Bakery Ingredients menerima tempahan berupa Kuih Sempret sebanyak 48 botol yang mana didalamnya ada 50 biji. Semasa sy menerima tempahan ini, sy bersyukur sangat kerana Fuschia Bakery mula mendapat perhatian dari individu dan juga beberapa buah syarikat.

Tempahan itu kami sudah kan selama 3 hari berturut turut memandangkan membuatnya kami memerlukan ketelitian agar memenuhi kehendak pelanggan. Selama tiga hari itu juga, kami juga menerima beberapa lagi tempahan kuih raya dari rakan rakan suami ku dan juga dari kawasan sekitar kedai kami.

Akhirnya pada 25 Julai 2012, akhirnya kami dapat "meng hand over kan" tempahan berkenaan tepat jam 2.00 petang seperti yang di minta. Kepada kak Rohaya, kami mengucapkan terima kasih diatas tempahan berkenaan. Kami berharap agar akak tak jemu untuk menempah lain lain jenis biskut dan kuih raya dari fuschia bakery ingredient.

Kepada semua fans, mohon maaf sangat sangat sebab tak sempat nak ambil gambar memandangkan kami semua teramat sibuk menyiapkan tempahan.

sekian terima kasih

ikhlas,
Yan
0126799964

Tuesday, July 24, 2012

TEMPAHAN BERUPA GIFT

Assalamualaikum kepada semua fans,

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama tak update facebook dan blog sy ini memandangkan terlalu busy. Banyak nak kena buat al-maklumlah bulan puasa kan. Banyak tempahan bahan bahan secara online dan tak kurang juga nak beli bahan bahan bakeri sempena raya ini.

Menyebut tentang tempahan, sy memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana memberikan saya rezeki tidak terhingga. Baru baru ini, saya menerima tempahan sebanyak 400 kotak berupa gift yang ditempah oleh sebuah syarikat ini. Ya ALLAH bersyukurnya sy. Gift tersebut berupa buah kurma yang telah saya buang bijinya dan digantikan dgn badam yang di goreng (goreng tanpa minyak) untuk menambahkan kerangupan ketika makan. Bukan itu sahaja, buah kurma itu saya salut dgn coklat untuk menambah selera dan kesedapan ketika memakannya ketika berbuka puasa.

Gambar dibawah ini adalah reka bentuk gift tersebut ...











dan ....

BERITA BAIK KEPADA SEMUA SAHABAT DAN FANS FUSCHIA BAKERY INGREDIENT !!!!

SAYA DENGAN INI BERBESAR HATI MENAWARKAN HARGA RM10.00 SEKOTAK (SAMA PATERN DAN SIZE) KURMA BADAM BERSALUT COKLAT. HARGA YANG SAYA TAWARKAN ADALAH CUKUP MURAH BERBANDING DGN HARGA YANG DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT TERSEBUT.

BAGI MEREKA YANG INGIN MENEMPAH LEBIH DARI 30 KOTAK, SAYA AKAN BERIKAN HARGA YANG TERBAIK DAN TERMURAH. 


JANGAN MALU, JANGAN SEGAN !!!
HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN !!!! 


Akhir sekali, silalah menikmatinya.

sekian terima kasih,

yang ikhlas
Yan 0126799964