SELAMAT DATANG KE FUCSHIA BAKERY INGREDIENTS
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Setelah berhempas pulas dengan pelbagai kerenah dari pelbagai pihak, makal ahirlah perniagaan pertama saya yang diberi nama FUCSHIA BAKERY INGREDIENTS. Perniagaan ini saya jalankan secara kecil-kecilan bersama dengan sahabat saya yang merupakan rakan kongsi.
Produk utama perniagaan ini adalah:-
1) Membekalkan bahan bahan membuat bakeri, roti, kek dan pastri
2) menerima tempahan segala bentuk bakeri, roti, kek dan pastri yang bersesuaian dengan
majlis keraian anda.
3) Menjalankan latihan praktikal dan amali kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk
mendalami cara pembuatan bakeri, roti, kek dan pastri dengan cara yang professional.
Latihan praktikal dan amali ini akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad (pagi dan petang)
dimana setiap seisi cuma dihadkan 5 orang sahaja. Tempat adalah terhad, dan cuma
pembayaran yuran penuh sahaja dianggap sebagai peserta kursus.
Akhir sekali, terima kasih kerana melayari blog saya.
Sekian, terima kasih,
Yang Ikhlas,
Maziani (Yan)
Pengurus
Fucshia Bakery Ingrediants.
No comments:
Post a Comment