FUSCHIA BAKERY FANS

Wednesday, April 18, 2012

Sewa Kedai.

Pada hujung bulan Feb 2012, telah puas mencari lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan, akhirnya saya terjumpa satu ruang kedai yang saya kira amat strategik. Terletak di Sri Manja Square 1, Taman Sri Manja. Lokasi berkenaan saya kira amat stretegik kerana kedai saya itu berhadapan dengan Mr DIY kedai menjual alat alat tools. Saya lihat, terlalu ramai orang keluar masuk di kedai berkenaan. Dan ini amat menjadikan kedai saya akan jelas kelihatan. Mereka adalah prospek yang terbaik untuk saya. Lagi kedudukan kedai saya dibawah kawasan workup apartment 3 tingkat. Syukur Alhamdulillah.

Apa yang buatkan saya begitu bersyukur dan bertuah adalah, ketika saya dibawa melihat kedai berkenaan, saya dapati jumlah keluasan kedai tersebut adalah 26" X 90" ... Ya ALLAH, sungguh besar dan sewanya ... dapat diskaun !!!, Siapa yang tak bersyukur? Di tambah lagi ada pula ruang partition untuk office juga telah sedia ada. Tak perlulah saya mengeluarkan belanja yang banyak untuk membuat partition untuk office dan ruang bilik. Bersyukurnya ....

 Inilah pandangan hadapan kedai saya ... masih dalam process "menaikkan seri"

Inilah kedai saya - ketika nego dgn agen hartanah tu ....

Ruang dalam kedai.

Gambar di ambil dari pintu kedai ... besarkan 29" X 90"

Dari sudut lain dari dalam kedai

dari sudut pintu belakang kedai. Nampakkan partition ruang office telah sedia ada


No comments:

Post a Comment