FUSCHIA BAKERY FANS

Saturday, June 30, 2012

MAKLUMAN TEMPAHAN SECARA "ONLINE"

Assalamualaikum kepada semua fans,
Terima kasih atas sokongan anda semua kepada perusahaan saya. Insya ALLAH, dari masa ke semasa, saya akan perbaiki setiap aspek kelemahan saya dalam saya mengelolakan dan menguruskan perusahaan saya ini.

Disini, saya mengambil kesempatan untuk membuat pengumuman. Saya banyak menerima tempahan secara "online" iaitu samada SMS, call, dan tidak kurang juga melalui email. Justeru itu, saya memohon jasa baik sahabat sahabat saya sekalian, agar dapat juga mengemailkan kepada saya di fucshia.ingredient@gmail.com dgn mengutarakan tempahan anda didalam email tersebut.

Cara ini lebih berkesan dan lebih efektif. Dan kemudian, saya akan menghantar satu salinan kepada anda beserta tempahan anda. Bukan apa, kekadang sms dan call tu membuatkan saya kelam kabut. Kuatir tempahan bahan bahan tersebut tidak menepati dan mungkin tersalah tempahan. Sebab, dalam sms, kekadang tiada nama di sertakan.

Oleh itu, saya mohon jasa baik sahabat saya sekalian, emailkan saya butiran tempahan anda beserta alamat dimana untuk saya kirimkan. Kalau jauh (luar dari KL atau selangor saya akan pos - bergantung kepada pilihan anda samada pos ekspress / biasa sebab kos penghantran adalah berbeza dari segi berat dan kecepatan) dan kalau dekat mungkin anda boleh ambil sendiri di kedai saya atau mungkin kita boleh jumpa separuh jalan dan COD (Cash on Delivery)

Itu sahaja, sekian terima kasih.

Ikhlas,
YAN (0126799964)

No comments:

Post a Comment