Aku betul betul bersyukur kerana masih lagi dapat bernafas di muka bumi ini. Isu kali ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran kerana perusahaan aku ini mendapat liputan luas. Terima kasih juga aku ucapkan kepada suami aku yang selalu meng update facebook dan juga blog ini untuk aku. Kalau nak harapkan aku, tak terbuat rasanya.
Aku sebenarnya nak mengucapkan terima kasih untuk EN SUHANI ABD SAMAD kerana penempahan CHOC MOIST MIX CAKE sebanyak 10 bungkus. Bungkusan tersebut dihantar ke alamat beliau di Nusa Jaya, Johor Bahru. Kepada En Suhaini, saya mohon maaf banyak banyak seandainya terlambat hantar ke sebab anda adlah orang pertama yang membuat tempahan luar dari Kuala Lumpur dan Selangor. Insya ALLAH, saya akan perbetulkan mana mana kesilapan demi memuaskan hati dan kehendak pelanggan yang membuat penempahan luar dari KL dan juga selangor.
Kepada mana mana individu lain, saya juga mengalu alukan tempahan dari anda tidak kira dimana sekalipun anda berada. Insya ALLAH, kami akan hantar secepat yang mungkin.
sekian, terima kasih
Ikhlas,
YAN 0126799964
No comments:
Post a Comment