FUSCHIA BAKERY FANS

Thursday, August 16, 2012

TEMPAHAN TELAH DIHANTAR

Assalamualaikum semua fans dan kawan kawan,

Saya mengucapkan terima kasih kerana masih lagi menyokong saya. Semalam, saya dan husband telah pun menyerahkan beberapa tempahan yang datangnya dari staff KPJ Sentosa Medical Centre.

Saya mohon maaf kerana lambat menghantar tempahan tersebut memandangkan ada beberapa tempat lain juga yang perlu saya hantar. Buat masa ini, cuma saya seorang yang mengolalakan perusaan saya ini memandangkan saya kini kembali berseorangan tanpa staff.

Saya juga memohon maaf seandainya takut takut kuih dan tempahan tersebut tidak seperti yang dijangkakan terutama sekali rasanya yang cukup tak sedap. Saya mohon maaf banyak banyak. Harap rakan sekalian boleh berikan komen dan pendapat serta complaint seandainya kuih tersebut ada masalah tak sedap dan sebagainya.

Akhir sekali,

Saya menyusun 10 jari mohon maaf diatas segala kesilapan saya. Insya ALLAH, berikan saya peluang untuk saya perbaharui perusahaan saya yang ketika ini baru berusia 2 bulan. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dan berusaha kearah itu selalu.

Sekian terima kasih.
Ikhlas,
yang benar, YAN (0126799964)

No comments:

Post a Comment